27 March, 2009

Aku ada lagi.

Salam Semua..

Sudah hampir sebulan aku xupdate blog yerk..Masa tu ada cuma xsempatla nak updatenye..Balik kerja pun masih kene sambung tugas yang lain. Alhamdulillah kerja di sini enjoy,kalau xenjoy pun kenela buat kerja tu enjoy kalau tidak mesti sesuatu yang membosankan kalau sesuatu kerja tu xenjoy.

Tiap2 minggu aku dan pegawai bawahan aku akan hantar PATI pulang ke negara masing2,tapi hantar ke KLIA dan Pelabuhan sajala,huhuh..Bagi W/Negara Indonesia Kami akan hantar ke Pelabuhan P.Gudang,Penang dan kalau mereka yang dok jauh2 akan dihantar ke KLIA @ LCCT. Sebelum2 ni xpernah sampai pun KLIA@LCCT tp kali ni sampaila jgk,heheh..Kalau Org Filipina pulak kami akan hantar ke Sabah,dptla merasa naek flight free kn..Yerla,aku ni xbese naek flight katakan,duit pun xcukup lagi nak pergi jalan jauh2.

Sekarang ni aku tgh bercuti, dan petang ni balikla tempat kerja semula. Dah lama xbercuti jadi ambilla cuti panjang sikit dan yang paling bestnya sempatla aku nak update blog ni. Gaji pun dah dpt jadi Aku pergila berjalan2 ke Alor Setar Dan Perlis saja cuti2 ni,dah xtahu nak pergi mana sambil2 tu dapatla jumpa kawan2 semasa di Kolej dan Sekolah dulu.

Alhamdulillah sekarang ni 2@3 impian aku ALLAH dah makbulkan,TQ ALLAH.. dan aku ada lagi impian yang nak diusahakan..Pertamanya nak sambung belajar ke Universiti,sebab aku telah tangguhkan masuk UUM sebab nak masuk kerja dulu.





Keduanya,dah lama aku simpan hasrat ni,moga2 tercapai hendaknya iaitu nak beli DSLR, InsyALLAH ada rezeki dapatla aku beli benda alah ni,AMINN..




Hasrat ke-3 aku buat masa ni ialah memiliki I-phone..Usaha dan teruskan usaha..Rajin2kan lah aku nak buat OT skg ni..


Apa2 pun yang penting dalam hidup ni mesti ada angan2,cita2 dan impian untuk maju ke hadapan dan perkara yang paling penting adalah sentiasa mengingati ALLAH dan bersyukur dengan segala rahmatnya dan berbaktilah kepada Ibu-Bapa yang sudah banyak berkorban untuk membesarkan kita,Alhamdulillah..

Oklah,setakat ni saja cerita aku kali ni. insyALLAH aku akan rajin update blog lps ni, tapi kena tengok keadaan dan waktula,heheh..

Ok,Chow..
Salam..

2 comments:

Fathiyyah said...

waaaaaaah,DSLR!!

:)
mahu juge

kylex said...

lepas2 ni kamu plak memiliki DSLR kn :-)..