07 February, 2009

Tempat Baru.

Salam Semua.

Kekok,kekok,kekok itula yang dapat aku katakan ketika sedang menulis entri ni sebabnya dah jrg update, bkn apa sebab skrg aku berada di tempat baru dan suasana yg baru, jadi masih banyak benda baru yang aku kena belajar, Alhamdulillah kt tempat baru ni ada internet,heheh. Hari ni aku masih ada cuti perjalanan sebab baru je balik dari exam jabatan, baru masuk kerja dah kene amik exam yerk,hu3.

Buat Pengetahuan semua,skrg aku bekerja kat Imigresen Depot Tahanan Langkap, tempatnya boleh dikatakan sebagai penjara sementara bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum mereka dihantar pulang. Imigresen ni kejenya selalu berpindah-randah dan selalu ditukarkan ke bahagian lain paling2 kurang 3,4 tahun. Lagi pun imigresen asalnya dari imigrasi kn,perpindahan,heheh..Aku pun time muda2 ni jela suka berpindah-randah tapi dah tua2 nnt I'ALLAH panjang umo dah malasla nak tukar2 ni,heheh..Ok, kat sini aku ditugaskan sebagai Ketua Unit Operasi dalam pemantauan kawalan kat depot tahanan, kene tengok keadaan PATI mcm mana,dah mkn ke blum,sihat ke x, dll. Keje ni xsusah tapi tanggungjwb ketua operasi tu yg berat,sekiranya PATI lari atau Mati Dalam tahanan,Huh..Jenuh den nak menjawab dowhh,Aku berdoa Semoga ALLAH membantu aku dalam kerja yang aku buat ni dan menjauhi aku dari segala malapetaka dan bencana semasa menjalankan tugas dan kerja aku ni diredhainya,AMINN..

Ada lagi 1 tggjwb aku nak kena buat, iaitu menyelia pegawai bawahan plak. Yang ni pun mencabar jgk,aku ni masih 21-an, nak menyelianya pegawai 30,40-an, ada jgk yang sama taraf dengan pakcik aku, tapi itula dah kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan, so kenala buat kn.Yang penting kena amik hati dieorang, sama2 buat kerja elok2, aku pun kena banyak bertanya kat dieorang sebab dieorang ni lagi byk pengalaman dari aku..

Untuk pape entri tentang tempat keje aku ni xboleh disertakan dengan gmbr di tempat tahanan,office boleh sebabnya dilarang mengambil gmbr dalam depot tahanan ni kalau ambil juga haa ISA la aku,hu3.. Mula2 aku masuk keje minggu lepas adala rasa mcm kesian tengok PATI2 ni especially yang perempuan yang masih lagi menyusukan baby,woooo sedey maa..Tapi dek kerana tugas,xboleh tunjuk rasa kesian tu,hanya disimpan dalam hati.. Sebab apa xleh nak kesian kat dieorang ni, nnt kalo kesian mulala ambil kesempatan nak lari, dah dihantar pulang ke negara asal pun masih nak masuk lagi Malaysia secara haram. Kadang2 ada juga PATI ni yang ditangkap sebab dianayai oleh Majikan dieorang, dunia oh dunia.

Erm, rasanya setakat ni sajala perkongsian cerita aku tentang kerja baru yang baru sehari aku bertugas. Best jugak kerja imigresen ni sebenarnya,huhuh..Kalau ada pape masalah dan pertolongan tentang imigresen ni bolehla beritahu aku,I'ALLAH aku cuba bantu itupun aku kena tanya senior2 aku kalo aku xmampu jwb,budak baru katakan,heheh..Imigresen ni bukanla sekadar passport je(promote jbtn ni,hu3). Meluas lagi cabangnya dan aku masih banyak lagi perlu belajar tentang ilmu imigresen ni. Petang ni dah nak balik tempat kerja,esok dah mula kerja xda cuti2 umum ye jaga tahanan ni bagi yang tidak berkenaan, tapi dapatla double-pay keje cuti umum :P . Doakan aku ye semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan susasana dan tempat baru ni..TQ.

Salam

* Entri waktu kursus masih belum sempat dipost kn, sbb pjg sket dan belum ada masa nak edit2,k..Akan menyusul Kemudian,TQ2.

3 comments:

.:dura:. said...

1. standard lah tu kekok tmpt baru..hehe...rs mcm malu2 lg..kan2??

2.wah..Ketua Unit Operasi seyh..takut..hehe.. nak join p tangkap PATI leh x?? hehe.. berpindah randah ye?? syok2..Insyallah tugas dan kerja awk diredhai oleh-Nya,janji ikhlas bekerja kerena-Nya.. :)

3.treat lah diorng mcm kawan sebaya as long as diorg x pijak kepala kita sudah..

4.emm..En. Kylex, anda dok promote passport, anda dah ada passport x?? hehe.. kata nak jln2 Spore?? hehe....

so, selamat menjalankan tugas ye En.Ketua..hehe...Good luck..

p/s:bangga sy ada mmbr kerje imigresen..:)

Fathiyyah said...

selamat menjalankan tugas! :)

rochi said...

salamX

saya nak tau kat mana kem tahanan ni. esok 16 jul 09 saya nak p sana. nak amek bangla sorang yg ditahan di sana. kalau boleh nak caling2 dulu...
from sg petani

rochi 017-551 0102