30 January, 2009

Kerja Oh Kerja.

Salam semua.

Mula2 sekali aku nak mintak maaf sebab xsempat lagi nak pos entri tentang kursus aku yang lepas. Entri tu dah ada cuma masih dalam draft lagi sebabnya xsiap sepenuhnya lagi dan sedang mengumpul gambar kursus. Lagi pun entri kursus tu aku buat ikut part2 la sebab banyak benda nak cerita,heheh..

Semalam (29.1.2008) aku dah lapor diri kat Jabatan Imigresen Perak kat ipoh,tapi xtahu lagi kena kat bahagian mana,tapi aku harap2 dapat unit penguatkuasaan sebabnya boleh banyak belajar tentang undang2 dan boleh selalu buat operasi,heheh.Sapa2 yang ada menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa permit yang sah tu,cepat2la buat permit yang sah ye. Hukumannya boleh tahan jugakla,heheh..

Hari pertama di pejabat kerajaan macam biasala,duduk saja je dan buat2 pandai je sebabnya kat pejabat unit penguatkuasaan xda sapa pun dalam pejabat semuanya keluar buat operasi yang tinggal adalah 2,3 orang bos dan mereka2 yang tak terlibat dengan operasi. Alhamdulillah kedatangan aku disambut dengan baik oleh mereka yang ada kat pejabat, yang syoknya semalam adalah hari pertama aku punch card dan yang lagi syoknya tangan aku menggeletar tu waktu nak punch card,huhuh..Biasala mula2 nak punch card ni mesti nervous dan takut2 ada silap jat kad tu. Sambil2 lepak di pejabat tu,aku kenela isi borang profail diri utk dmasukkn dalam fail jabatan,isi borang tapisan, bagi salinan buku bank (utk gaji,hihi), amik gambar utk kad kuasa dan macam2 lagila. Kalau kat pejabat susah sketla nk berblog sbb aku masih blum diberi bilik,kalo dah dpt bilik nnt bolehla sikit2 berblog dan kongsi2 pengalaman kerja kt imigresen ni yerk.

Oklah, InsyALLAH lepas ni aku akan cuba berblog sebaik mungkin, tapi kena tunggu keadaan jadi normalla sebab budak2 baru macam aku ni kena byk belajar dari yang otai. Doakan supaya semua kerja aku baik2 saja ye..

Chow,Salam..

7 comments:

фарина захари said...

wah, nnt xlama lagi, dapat dgr la pulak cerita gaji pertama :P
eh, gaji slalu nye dapat few months later kan? jadi org kaya baru la die nnt..kui3 :D

snm said...

kylex..skrg buat pasport brp rm?? 32pages :) dh turun ke??

kylex said...

фарина захари: mgkn akan ada cerita gaji pertama plak kot,huhu..Xda kaya sgtla,byr tu byr ni abesla,huhuh..

snm:RM 150 je,hehe..Mgkn lps2 ni sy akan usulkn turunkn sket hrga pasport yerk :).

.:dura:. said...

kylex, selamat berkerja... dan saya pula semakin bosan dgn kerja.. rs mcm nak resign jer...

snm said...

ehhh..serius dh jadi rm150?? waaa..nk pegi buat esok jgk!! :p

kylex said...

snm: oppppsssss..salah tulis,masih lagi RM 300,huhuh..sori..maafkan budak baru nak belajar yerk :P

Sunshine in the morning said...

makaseh yay..
moga bergumbira di tempat baru ye..
hehe