11 December, 2008

raya aku & aku kerja

Salam Semua..

*Ini mungkin entri yang terakhir@kedua terakhir untuk bulan ini sehinggala bulan depan.

Mula2 sekali nak cerita tentang raya korban, tahun ini raya korban bagi aku adalah meriah sebabnya selama aku 21 tahun ini aku xpernah nak menolong untuk melapah daging lembu asyik tengok je walaupun ada kienginan dalam hati nak buat tetapi tahun ni aku merajinkn diri untuk tolong melapah daging lembu yang dikorbankan. Sekali cuba pasti nak lagi taw,heheh..Mula2 tu teragak2 juga nak potong kulit lembu tu taku2 tersalah hiris plak,lama2 tu okla :).Keluarga emak aku korbankn seekor lembu manakala family ayah aku pun seekor lembu cuma keluarga emak aku dieorang buat aqiqah ada makan2la sket yang family ayah aku pula buat korban sepenuhnya di Kemboja kerana ramai juga kn orang yg susah2 dekat sana.Aku ada dengar 1 kuliah agama dari seorang Tok Guru di tempat aku, katanya daging korban ni boleh dimakan banyak mana pun tetapi selama 3 hari saja,makanla sebanyak mana pun mereka2 yang ada darah tinggi or apa2 pun boleh makan tapi jangan makan dah daging korban selepas 3 hari sebabnya selama 3 hari tu daging korban ni ada suatu kelainan la dan selepas tu ada kelainan yang lain, aku nak terangkan pun xpandai,huhuh..Lepas 3 hari tu mungkin kene makan secara berhemahla yerk :)

ok,setakat itu saja cerita raya yang serba ringkas .Gambar korban terlupa nak ambil,huhuh..Cerita kerja pula ye. Alhamdulillah aku dah dapt surat lantikan dari SPA dan dari jabatan aku bekerja. ni dia suratnya





atas ni surat dari SPA,yang ini dari imigresen plak.




Aku xsangka plak yang aku akan berarah angin yerk,heheh..Aku bercita2 nak jadi pegawai IT,tapi sekarang jadi Pegawai Imigresen Pula,heheh..Kisah aku dan imigresen ini bermula pada entri ni.Tapi Itula semuanya dah ditetapkan oleh ALLAH dan perancangannya adalah yang terbaik. Aku xpernah pun pasang niat untuk bekerja tetap pada umur 21 tahun ni tapi yang ada dalam fikiran aku adalah nak dapat degree dulu kemudian barula bekerja. Bermula dengan suka2 mengisi borang SPA dalam internet,sehinggala dipanggil interview dan sekarang dipanggil kerja,ALHAMDULILLAH. Actually excited jgk nak mula kerja ni,xsabar dah ni,heheh..

Aku akan mula berkursus selama 40 hari di Port Dickson,i'ALLAH esk petang aku naik bas ke KL,tidur di rumah makcik aku semalam dan hari ahad malamnya plak naik komuter ke Seremban lepak rumah kawan semalam dan pagi isninnya kena lapor diri jam 8 pagi di akademi imigresen.Selepas habis kursus barula aku akan tahu kena posting kat mana,mana2 pun aku xkisah sebab sekarang ni masih bujang best jgk merantau jauh2 ni,heheh..Kalo nak hantar aku g moscow ke,sydney ke,france or mana2 pun bleh jgk :),yang penting dapat main salji,heheh..Tapi xnakla lama2, yang aku tw dlm imigresen ni mmg ada yg jadi atase di kedutaan luar negara dan kebiasaannya jabatan bagi 3+1 tahun kalau siapa2 nak kerja di luar negara, kalau ada rezeki sampaila aku nun jauh disana,AMINN :)

Erm,dah xtahu nak tulis apa lagi :P. kejap lagi nak buat medical check-up dan siapkan barang2 untuk esok. Maybe sebelum naik bas aku tulis entri akhir yg ringkas utk bulan ni dan bulan depan,tu pun kalo sempatla,huhuh..im off from blog world selama 40hari 40 malam..

Doakan aku ye rakan2 semua agar semuanya berjalan lancar sehinggala aku mula bekerja dan sewaktu bekerja,AMINN..Kalau korang ada apa2 hal berkenaan imigresen ni yang boleh aku tolong let me know,k..I try My Best..

okies,chow dulu..
salam.

6 comments:

fathiyyah said...

oh,pegawai imigresen pun hebaaat tuu..
tahniah yaa! muda lagi sudah bekerja..sy banyak jeles..

eh,sy jadi tukang komen pertama?mcm tak percaya..;)

oh,lepas ni kamu menyepi la yaaa

.:dura:. said...

gonna miss ur blog selama 40 hari 40 mlm..
All da best kylex...
Semoga segalanye berjalan lancar..
Aminn....

Sunshine in the morning said...

alhmdllah..
best nyer..

all the best for u..;DD

cikgu jawe said...

tahniah. keje imigresen pun blh blog juga apa.. hehe

snm said...

kylex..TAHNIAH!
mesti tgh kursus tu :p
slmt berkursus.
lenkali bw laptop.
beli le broadband.
isk..apa tmpt kursus tu tadek wireless eh?

pasir panjang?
pd?
wahh..bestt!!

Puteri Ezza said...

Salam Maal Hijrah & Happy New Year Kyrule :) Selamat berkursus juga. Take care.