12 September, 2008

cerita sahur..

salam..

semalam aku tidur lewat, dalam pukul 3 pagi..apa lagi, melepak depan komputer la, sebab buat kerja sikit2 dan membaca kisah2 dari blog yang lain..Dah 2 hari aku xterjaga sahur, umi dan abah aku je yang bangun, aku jer cam malas2 dan xterdaya nak bangun,hihi..rugi je..Tapi, semalam walaupun aku tidur lewat, aku dah kuatkan juga semangat nak bangun sahur,Alhamdulillah ALLAH kejutkan aku, tapi caranya agak spesel aku rasa bagi aku terjaga sahur,aku tersenyum seorang jer bila bangun untuk bersahur..;-)..

Dahla aku bangun sahur dengan kejutan yang agak 'suprise', aku plak buat kejutan untuk diri sendiri, bersahur dengan makan nasi,hehe..bagi orang lain biasala kan makan sahur dengan nasi..Bukan apa, sepanjang aku bersahur bulan ramadhan ni, aku hanya minum milo,kurma dan air masak jer, ntah kenapa tetiba je aku bangun rasa nak makan nasi lak, jadi aku pun sental la nasi..Waktu aku bangun sahur tu, jam baru pukul 4.30 pagi, ntah aku mamai juga rasanya, aku ingat imsak pukul 4.52 pagi, aku pun cepat2la makan dan gosok gigi..Time ni, umi dan abah aku xterjaga lagi, tak teringat nak kejutkan..

Dalam pukul 4.40 pagi umi dan abah aku pula bangun untuk bersahur, dieorang nampak rilek n selamber jer, aku nak jer cakap 'umi, waktu sahur dah nak abes ni'..tapi xcakap pun, sebab bila ayah aku tanya jam pukul berapa, aku cakapla dah pukul 4.40 pagi, kemudian ayah aku cakap, imsak pukul 5.42, jadi awalla lagi..Aku pun tersipu2 malu seorang diri, laaa..macam mane boleh salah buat tafsiran waktu imsak ni,huhu..Nasib baik xbagitau lagi, kalo tidak, malu eden,hihi..

Selepas umi dan abah siap sahur, dan sambil menunggu waktu subuh, aku berborakla dengan abah aku..Aku suka berborak dengan beliau, sebab abah aku banyak sangat pengetahuan AM nya, tanya jer la apa-apa pun, InsyALLAH leh jwb..Kami berborakla pasal kedutaan ni, di negara2 yang bukan komanwel orang yang menjadi wakil negara Malaysia di kedutaan dipanggil duta, manakala bagi negara komanwel dipanggil High Commissioner, ini pun aku xtahu,sengal sungguh,huhuh..Bertambahla la juga pengetahuan aku..Ayah aku juga cakap, sesetengah orang yang bekerja sebagai konsul muda ni, dieorang ni suka berlagak sikit, padahal bukanla tinggi sangat jawatan tu, berbanding dengan konsul besar dan duta, tapi nape la nak sombong2 dan berlagak dengan orang yang kadang2 memerlukan bantuan kan..Tak elok berlagak, nanti ALLAH balas baru taw..=p..

Borak punya borak, abah aku juga ada gakla cerita mengenai kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomati (PTD)..Gred M41..kerjaya ni banyak melibatkan pengurusan dan pentadbiran negara Malaysia dan kebanyakan PTD ni juga ramai yang dihantar bekerja di luar negara di kedutaan, sebagai pegawai bersama2 duta dan konsul di kedutaan Malaysia yang membawa nama malaysia..Selepas mendengar taklimat yang lebih lanjut mengenai kerjaya ini dari abah aku, Akhirnya, aku pun sedikit berminat dengan kerjaya ni,huhu..walaupun aku lebih berminat pada kerjaya dalam bidang IT, sebab ia memang best..=p..

Kerjaya sebagai PTD ni boleh dilabelkan kerjaya yang best dan tough juga..Pertamanya, sape2 yang nak minta jadi PTD, at least kene degree kelas kedua atas, baru layak memohon, kemudian kena jalani 3 peperiksaan penting,serta temuduga khas dan ia melibatkan komunikasi sesama kita,skill bercakap, kefasihan berbahasa, kemahiran mengurus sesuatu event dan lain-lain lagi, kerana kerjaya sebagai PTD ni kenalah seseorang yang serba boleh dan pandai bercakap, sebab ia akan melibatkan kerja dengan pihak atasan dan bawahan, so kalau seseorang itu tak pandai bercakap, tak pandai mengurus sesuatu macam manela nak hadapi semua tangunggjawab sebagai PTD kan..Senang cerita, PTD ni boleh dilabelkan sebagai satu kerjaya dari kalangan mereka yang terbaik antara yang terbaik..yerla, dak2 IT,akaun,medic,law,bisnes,perbankan,pendidikan dan macam2 lagi, semuanya ada apply utk jadi PTD ni..Jadi hasilnya, tentulah yang terbaik antara yang terbaik kan..

Dalam hati kecil aku juga ada terselit suatu hasrat yang berbunyi begini' Erm..kalo ada rezeki, aku nak juga apply PTD ni, jadi kenela belajar dan berusaha sungguh2, mungkin nanti boleh tolong orang yang perlukan bantuan aku ker..AMINN..Tapi buat masa ini, aku lebih menumpukan pada bidang IT, mungkin lepas habis wat degree, boleh la cuba2 mintak PTD..IT tetap pilihan ku jua, tapi aku tahu, ALLAH dah tentukan mana yang terbaik untuk diri aku,apa-apa yang telah ditetapkan olehNya bagi diri ini, aku terima dengan rasa syukur dan redha,Alhamdulillah dan Terima Kasih ALLAH..

*****************************************************************************************
* To kakcik : Tengah borak2 tu juga, abah selitkan tentang mu,hehe..abah tanya remi..

abah: kakcik xda beritahu apa-apa ker?
remi : beritahu apa?
abah: Yerla, dia nak sambung buat syariah ker x?..Abah harap dia sambung wat syariah plak..Sebab bukan ramai yang buat civil dan syariah untuk LAW..Rezeki kerja tu,mana2 pun ada..Lehla masuk dua2 mahkamah..Tapi abah xnak paksa dia, dia yang nak belajar..

p/s : Azan pun sudah berkumandang..Jadi kenela pegi solat subuh..
Habisla cerita nya..

Jadi, pandai2 la kakcik fikir yer,huhuhu..xda paksaan buat diri mu tetapi abah berharap,heheh..mesti dalam dilema kan, tambahan kawan2 plak dah stat keje,haha..ok..

*****************************************************************************************

salam..
kylex.

4 comments:

rien said...

salam~

wah..hebat nyer topik perbincangan die n abah die...kagum2...

btw, moga Allah makbulkan apa sahaja yang kamu hajatkan..insyaAllah...

kylex said...

salam..

Walaupun saye suka bincang topik yang best2 dengan abah saya, Tapi saya xleh berganjak dan mendengar apa-apa cerita dari sesiapa pun,sekiranya saya menonton kartun dan cerita cina,heheh..

Aminn..tq2..;-)

фарина захари said...

dh beso2 ni pn suke kartun lg ke?ahaha, sy pn ske gak..slalu dok mengadap disney channel time kat umah tu...huhu

kylex said...

фарина захари : Heheh..Tengah bujang2 ni,blehla melayan kartun, sbb kartun besh =p..Sy pon sker melayan disney channel, tp favourite kartun adalah NARUTO,ekekeke..