02 May, 2009

impian termakbul

Salam semua..

Alhamdulillah dah tercapai hasrat untuk memiliki DSLR..Niat dihati nak beli Nikon D60 @ Canon EOS1000D sebab ramai yang gunakan yang ni dan mcm best jer,huhuh..Last2 sekali tauke kedai tu promote Sony, sudah takdir aku untuk bersama2 dengan 'baby Sony' akhirnya :-P....Sony ni masih baru dalam DSLR ni,tapi selepas tgk spesifikasi Sony A200K aku pun buat keputusan untuk beli Sony je,huhuh..Tiap2 DSLR ada Lebih dan Kurangnya kan, yang pentingnya seni dan skill mengambil gambar tu yang penting yang akan membuatkan sesuatu gambar yang diambil tu cantik.

Aku baru saja berjinak2 dalam DSLR ni, dan banyak lagi nak kena belajar untuk mencantikkan lagi gambar yang aku ambil nanti. InsyALLAH lepas ni aku nak masuk kelas fotografi bagi mengisi masa lapang yang terluang dan apabila bosan2 dengan kerja yang tak akan habis.. So inila kamera yang bertakhta di hati ku,heheh..







Alhamdulillah sekali lagi,atas rezeki yang dilimpahkan ke atas aku..Gambar pertama yang aku ambil lepas beli kamera ni adalah gambar perlawanan Bola Sepak Antara Kelantan Dan Selangor..aku Sokong Kelantan sebab dulu belajar kat sana dan kelantan xpernah masuk final, tapi kelantan kalah, pape pun tahniah sebab masuk final :-).. Lepas Snap pic bola snap Pic mkn dengan kawan kolej dan pic akhir sekalo adalah makan2 bersama rakan2 sekerja..gila gamba betul,huhuh..

ni la snapshot tangan aku,hehhehe..


















Ada lagi banyak gambar yang diambil, faham2 sajela bila dah xda kerja then ada DSLR plak tu,mcm2 aku snap,heheh..Itu sajala tahap kualiti gambar yang diambil oleh seorang 'Pelajar Baru DSLR'..InsyALLAH lepas ni akan menajamkan lagi tahap pengetahuan tentang snap gambar dan mencantikkan lagi dengan effect photoshop plak,BEST,BEST,BEST..

Oklah,masa untuk berehat plak,sekarang ni aku kat rumah, balik bercuti selama seminggu,hujung bulan kalau xda apa2 kerja wajib pulang ke kampung halaman jumpa umi dan abah,k..Sehingga menyusul lagi dengan gambar2 yang lain dan yang lebih baik,InsyALLAH..

Salam,daa..

27 March, 2009

Aku ada lagi.

Salam Semua..

Sudah hampir sebulan aku xupdate blog yerk..Masa tu ada cuma xsempatla nak updatenye..Balik kerja pun masih kene sambung tugas yang lain. Alhamdulillah kerja di sini enjoy,kalau xenjoy pun kenela buat kerja tu enjoy kalau tidak mesti sesuatu yang membosankan kalau sesuatu kerja tu xenjoy.

Tiap2 minggu aku dan pegawai bawahan aku akan hantar PATI pulang ke negara masing2,tapi hantar ke KLIA dan Pelabuhan sajala,huhuh..Bagi W/Negara Indonesia Kami akan hantar ke Pelabuhan P.Gudang,Penang dan kalau mereka yang dok jauh2 akan dihantar ke KLIA @ LCCT. Sebelum2 ni xpernah sampai pun KLIA@LCCT tp kali ni sampaila jgk,heheh..Kalau Org Filipina pulak kami akan hantar ke Sabah,dptla merasa naek flight free kn..Yerla,aku ni xbese naek flight katakan,duit pun xcukup lagi nak pergi jalan jauh2.

Sekarang ni aku tgh bercuti, dan petang ni balikla tempat kerja semula. Dah lama xbercuti jadi ambilla cuti panjang sikit dan yang paling bestnya sempatla aku nak update blog ni. Gaji pun dah dpt jadi Aku pergila berjalan2 ke Alor Setar Dan Perlis saja cuti2 ni,dah xtahu nak pergi mana sambil2 tu dapatla jumpa kawan2 semasa di Kolej dan Sekolah dulu.

Alhamdulillah sekarang ni 2@3 impian aku ALLAH dah makbulkan,TQ ALLAH.. dan aku ada lagi impian yang nak diusahakan..Pertamanya nak sambung belajar ke Universiti,sebab aku telah tangguhkan masuk UUM sebab nak masuk kerja dulu.





Keduanya,dah lama aku simpan hasrat ni,moga2 tercapai hendaknya iaitu nak beli DSLR, InsyALLAH ada rezeki dapatla aku beli benda alah ni,AMINN..




Hasrat ke-3 aku buat masa ni ialah memiliki I-phone..Usaha dan teruskan usaha..Rajin2kan lah aku nak buat OT skg ni..


Apa2 pun yang penting dalam hidup ni mesti ada angan2,cita2 dan impian untuk maju ke hadapan dan perkara yang paling penting adalah sentiasa mengingati ALLAH dan bersyukur dengan segala rahmatnya dan berbaktilah kepada Ibu-Bapa yang sudah banyak berkorban untuk membesarkan kita,Alhamdulillah..

Oklah,setakat ni saja cerita aku kali ni. insyALLAH aku akan rajin update blog lps ni, tapi kena tengok keadaan dan waktula,heheh..

Ok,Chow..
Salam..

07 February, 2009

Tempat Baru.

Salam Semua.

Kekok,kekok,kekok itula yang dapat aku katakan ketika sedang menulis entri ni sebabnya dah jrg update, bkn apa sebab skrg aku berada di tempat baru dan suasana yg baru, jadi masih banyak benda baru yang aku kena belajar, Alhamdulillah kt tempat baru ni ada internet,heheh. Hari ni aku masih ada cuti perjalanan sebab baru je balik dari exam jabatan, baru masuk kerja dah kene amik exam yerk,hu3.

Buat Pengetahuan semua,skrg aku bekerja kat Imigresen Depot Tahanan Langkap, tempatnya boleh dikatakan sebagai penjara sementara bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum mereka dihantar pulang. Imigresen ni kejenya selalu berpindah-randah dan selalu ditukarkan ke bahagian lain paling2 kurang 3,4 tahun. Lagi pun imigresen asalnya dari imigrasi kn,perpindahan,heheh..Aku pun time muda2 ni jela suka berpindah-randah tapi dah tua2 nnt I'ALLAH panjang umo dah malasla nak tukar2 ni,heheh..Ok, kat sini aku ditugaskan sebagai Ketua Unit Operasi dalam pemantauan kawalan kat depot tahanan, kene tengok keadaan PATI mcm mana,dah mkn ke blum,sihat ke x, dll. Keje ni xsusah tapi tanggungjwb ketua operasi tu yg berat,sekiranya PATI lari atau Mati Dalam tahanan,Huh..Jenuh den nak menjawab dowhh,Aku berdoa Semoga ALLAH membantu aku dalam kerja yang aku buat ni dan menjauhi aku dari segala malapetaka dan bencana semasa menjalankan tugas dan kerja aku ni diredhainya,AMINN..

Ada lagi 1 tggjwb aku nak kena buat, iaitu menyelia pegawai bawahan plak. Yang ni pun mencabar jgk,aku ni masih 21-an, nak menyelianya pegawai 30,40-an, ada jgk yang sama taraf dengan pakcik aku, tapi itula dah kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan, so kenala buat kn.Yang penting kena amik hati dieorang, sama2 buat kerja elok2, aku pun kena banyak bertanya kat dieorang sebab dieorang ni lagi byk pengalaman dari aku..

Untuk pape entri tentang tempat keje aku ni xboleh disertakan dengan gmbr di tempat tahanan,office boleh sebabnya dilarang mengambil gmbr dalam depot tahanan ni kalau ambil juga haa ISA la aku,hu3.. Mula2 aku masuk keje minggu lepas adala rasa mcm kesian tengok PATI2 ni especially yang perempuan yang masih lagi menyusukan baby,woooo sedey maa..Tapi dek kerana tugas,xboleh tunjuk rasa kesian tu,hanya disimpan dalam hati.. Sebab apa xleh nak kesian kat dieorang ni, nnt kalo kesian mulala ambil kesempatan nak lari, dah dihantar pulang ke negara asal pun masih nak masuk lagi Malaysia secara haram. Kadang2 ada juga PATI ni yang ditangkap sebab dianayai oleh Majikan dieorang, dunia oh dunia.

Erm, rasanya setakat ni sajala perkongsian cerita aku tentang kerja baru yang baru sehari aku bertugas. Best jugak kerja imigresen ni sebenarnya,huhuh..Kalau ada pape masalah dan pertolongan tentang imigresen ni bolehla beritahu aku,I'ALLAH aku cuba bantu itupun aku kena tanya senior2 aku kalo aku xmampu jwb,budak baru katakan,heheh..Imigresen ni bukanla sekadar passport je(promote jbtn ni,hu3). Meluas lagi cabangnya dan aku masih banyak lagi perlu belajar tentang ilmu imigresen ni. Petang ni dah nak balik tempat kerja,esok dah mula kerja xda cuti2 umum ye jaga tahanan ni bagi yang tidak berkenaan, tapi dapatla double-pay keje cuti umum :P . Doakan aku ye semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan susasana dan tempat baru ni..TQ.

Salam

* Entri waktu kursus masih belum sempat dipost kn, sbb pjg sket dan belum ada masa nak edit2,k..Akan menyusul Kemudian,TQ2.

30 January, 2009

Kerja Oh Kerja.

Salam semua.

Mula2 sekali aku nak mintak maaf sebab xsempat lagi nak pos entri tentang kursus aku yang lepas. Entri tu dah ada cuma masih dalam draft lagi sebabnya xsiap sepenuhnya lagi dan sedang mengumpul gambar kursus. Lagi pun entri kursus tu aku buat ikut part2 la sebab banyak benda nak cerita,heheh..

Semalam (29.1.2008) aku dah lapor diri kat Jabatan Imigresen Perak kat ipoh,tapi xtahu lagi kena kat bahagian mana,tapi aku harap2 dapat unit penguatkuasaan sebabnya boleh banyak belajar tentang undang2 dan boleh selalu buat operasi,heheh.Sapa2 yang ada menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa permit yang sah tu,cepat2la buat permit yang sah ye. Hukumannya boleh tahan jugakla,heheh..

Hari pertama di pejabat kerajaan macam biasala,duduk saja je dan buat2 pandai je sebabnya kat pejabat unit penguatkuasaan xda sapa pun dalam pejabat semuanya keluar buat operasi yang tinggal adalah 2,3 orang bos dan mereka2 yang tak terlibat dengan operasi. Alhamdulillah kedatangan aku disambut dengan baik oleh mereka yang ada kat pejabat, yang syoknya semalam adalah hari pertama aku punch card dan yang lagi syoknya tangan aku menggeletar tu waktu nak punch card,huhuh..Biasala mula2 nak punch card ni mesti nervous dan takut2 ada silap jat kad tu. Sambil2 lepak di pejabat tu,aku kenela isi borang profail diri utk dmasukkn dalam fail jabatan,isi borang tapisan, bagi salinan buku bank (utk gaji,hihi), amik gambar utk kad kuasa dan macam2 lagila. Kalau kat pejabat susah sketla nk berblog sbb aku masih blum diberi bilik,kalo dah dpt bilik nnt bolehla sikit2 berblog dan kongsi2 pengalaman kerja kt imigresen ni yerk.

Oklah, InsyALLAH lepas ni aku akan cuba berblog sebaik mungkin, tapi kena tunggu keadaan jadi normalla sebab budak2 baru macam aku ni kena byk belajar dari yang otai. Doakan supaya semua kerja aku baik2 saja ye..

Chow,Salam..

18 January, 2009

Peluang Berinternet

Salam semua..

Sekarang tengah ada peluang main internet, sebab ada rakan2 kerja yang lain ada broadband so pinjam la kjp nak layan2 blog..Rindu tuu nak maen blog,heheh..Tapi dalam blog ni tak boleh nak cerita panjang2 sebab sibuk nak hadapi exam induksi dulu. InsyALLAH 23hb ni aku habis induksi dan maybe lepas raya cina akan mula bertugas.. Cerita2 sepanjang aku berada di kursus ini mungkin akan dikongsi bila aku balik rumah yer.. Tak Sabar plak nak menulis panjang2 lagi,heheh..Doakan aku untuk berjaya habiskan kursus ini,ok..

Sekian..

11 December, 2008

raya aku & aku kerja

Salam Semua..

*Ini mungkin entri yang terakhir@kedua terakhir untuk bulan ini sehinggala bulan depan.

Mula2 sekali nak cerita tentang raya korban, tahun ini raya korban bagi aku adalah meriah sebabnya selama aku 21 tahun ini aku xpernah nak menolong untuk melapah daging lembu asyik tengok je walaupun ada kienginan dalam hati nak buat tetapi tahun ni aku merajinkn diri untuk tolong melapah daging lembu yang dikorbankan. Sekali cuba pasti nak lagi taw,heheh..Mula2 tu teragak2 juga nak potong kulit lembu tu taku2 tersalah hiris plak,lama2 tu okla :).Keluarga emak aku korbankn seekor lembu manakala family ayah aku pun seekor lembu cuma keluarga emak aku dieorang buat aqiqah ada makan2la sket yang family ayah aku pula buat korban sepenuhnya di Kemboja kerana ramai juga kn orang yg susah2 dekat sana.Aku ada dengar 1 kuliah agama dari seorang Tok Guru di tempat aku, katanya daging korban ni boleh dimakan banyak mana pun tetapi selama 3 hari saja,makanla sebanyak mana pun mereka2 yang ada darah tinggi or apa2 pun boleh makan tapi jangan makan dah daging korban selepas 3 hari sebabnya selama 3 hari tu daging korban ni ada suatu kelainan la dan selepas tu ada kelainan yang lain, aku nak terangkan pun xpandai,huhuh..Lepas 3 hari tu mungkin kene makan secara berhemahla yerk :)

ok,setakat itu saja cerita raya yang serba ringkas .Gambar korban terlupa nak ambil,huhuh..Cerita kerja pula ye. Alhamdulillah aku dah dapt surat lantikan dari SPA dan dari jabatan aku bekerja. ni dia suratnya





atas ni surat dari SPA,yang ini dari imigresen plak.




Aku xsangka plak yang aku akan berarah angin yerk,heheh..Aku bercita2 nak jadi pegawai IT,tapi sekarang jadi Pegawai Imigresen Pula,heheh..Kisah aku dan imigresen ini bermula pada entri ni.Tapi Itula semuanya dah ditetapkan oleh ALLAH dan perancangannya adalah yang terbaik. Aku xpernah pun pasang niat untuk bekerja tetap pada umur 21 tahun ni tapi yang ada dalam fikiran aku adalah nak dapat degree dulu kemudian barula bekerja. Bermula dengan suka2 mengisi borang SPA dalam internet,sehinggala dipanggil interview dan sekarang dipanggil kerja,ALHAMDULILLAH. Actually excited jgk nak mula kerja ni,xsabar dah ni,heheh..

Aku akan mula berkursus selama 40 hari di Port Dickson,i'ALLAH esk petang aku naik bas ke KL,tidur di rumah makcik aku semalam dan hari ahad malamnya plak naik komuter ke Seremban lepak rumah kawan semalam dan pagi isninnya kena lapor diri jam 8 pagi di akademi imigresen.Selepas habis kursus barula aku akan tahu kena posting kat mana,mana2 pun aku xkisah sebab sekarang ni masih bujang best jgk merantau jauh2 ni,heheh..Kalo nak hantar aku g moscow ke,sydney ke,france or mana2 pun bleh jgk :),yang penting dapat main salji,heheh..Tapi xnakla lama2, yang aku tw dlm imigresen ni mmg ada yg jadi atase di kedutaan luar negara dan kebiasaannya jabatan bagi 3+1 tahun kalau siapa2 nak kerja di luar negara, kalau ada rezeki sampaila aku nun jauh disana,AMINN :)

Erm,dah xtahu nak tulis apa lagi :P. kejap lagi nak buat medical check-up dan siapkan barang2 untuk esok. Maybe sebelum naik bas aku tulis entri akhir yg ringkas utk bulan ni dan bulan depan,tu pun kalo sempatla,huhuh..im off from blog world selama 40hari 40 malam..

Doakan aku ye rakan2 semua agar semuanya berjalan lancar sehinggala aku mula bekerja dan sewaktu bekerja,AMINN..Kalau korang ada apa2 hal berkenaan imigresen ni yang boleh aku tolong let me know,k..I try My Best..

okies,chow dulu..
salam.

07 December, 2008

Salam Aidiladha 1429 Hijrah



Selamat Hari Raya Aidiladha Kepada Semua Blogger Sekalian. Maaf Zahir & Batin :)
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..Walillahhilham..